Thursday 16 October 2014

Soalan Lazim

1.  Apakah yang dijual melalui Program Pemilikan Bersama ini?

Kami menjual mesin vending kopi , teh dan koko bersama pakej pengurusan.

2.  Berapakah harganya?

Harga satu mesin beserta kos pengurusan adalah RM5,000-00 seunit.

3.  Bolehkah saya berkongsi membeli satu mesin dengan rakan-rakan saya yang lain?

Boleh.  Tetapi dengan maksima 5 orang untuk seunit mesin.  Ini bermaksud pembelian minima untuk menyertai program ini adalah RM1,000-00 (1 unit pemilikan). Pihak pengurusan akan membahagikan keuntungan pungutan dari mesin dan akan membuat bayaran kepada setiap pemilik.

4.  Apakah terdapat sebarang yuran pendaftaran?

Ya.  Yuran pendaftaran bagi setiap permohonan adalah sebanyak RM100-00.  Tidak kira samada anda membeli 1 unit pemilikan atau berapa pun unit pemilikan, bayarannya adalah sama. 

5.  Bolehkah pihak pengurusan membantu mendapatkan pembeli-pembeli lain untuk berkongsi mesin dengan saya?

Ya, kami akan membantu anda.

6.  Bagaimanakah saya tahu yang mana satukah mesin milik saya?

Anda akan menandatangani satu surat perjanjian yang menyatakan nombor mesin anda.  

7.  Adakah pendapatan saya datang dari hasil jualan mesin saya sahaja?

Tidak.  Kami akan mengumpulkan hasil jualan dari semua mesin dan membahagikan keuntungannya kepada setiap pemilik bergantung kepada berapa unit mesin atau bahagian pemilikan mesin seseorang itu.

8.  Apakah jaminan yang diberikan oleh pihak pengurusan?

a). Jaminan bahawa mesin akan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

b). Jaminan minima keuntungan sebanyak RM150-00 sebulan bagi setiap mesin dengan anggaran jualan sebanyak 10 cawan sehari selama 24 bulan yang pertama.  Selepas itu, pemberian keuntungan adalah berdasarkan kepada jualan yang sebenar (sepatutnya lebih tinggi kerana lokasi yang sesuai dan jenama yang makin dikenali).

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan lain berkaitan program ini, sila emailkan ke zazacafetrd@gmail.com

Kami akan jawab soalan anda dan paparkan di sini untuk perkongsian dengan yang lain juga.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment